Resipi ♥

Kek Coklat Moist Kukus
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan coklat cadbury (untuk masakan)
100gm butter
2 biji telur
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk penaik
susu atau fresh cream

Cara-caranya :)

1) pukul telur sampai kembang dan campur esen vanilla.

2) campur dengan tepung gandum, serbuk penaik,coklat powder, gula dan minyak masak.. kacau sampai sebati.

3) letak susu sedikit demi sedikit sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki.. tak terlalu pekat tak terlalu cair ok.. biar sebati.

4) letakkan kertas ke dalam bekas acuan / aluminium dan sapukan sedikit butter supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.

5) kukus selama 1 jam. check air kukusan, kalau kurang sila tambah ye.jangan sampai kering.